Polisi Bayaran & Keselamatan
Kemaskini terakhir: Oktober 2026
1. Harga & Mata Wang
Semua harga TutorKit dipaparkan dan dicaj dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga semasa dipaparkan di laman utama.
2. Langganan
TutorKit ditawarkan sebagai langganan bulanan atau tahunan yang diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan. Lihat Terma & Syarat dan Polisi Refund.
3. Pemproses Bayaran
Pembayaran diproses oleh gateway pihak ketiga: Stripe, dan Razorpay Curlec apabila diaktifkan. Butiran kad atau FPX anda dimasukkan terus di halaman gateway tersebut. TutorKit tidak menerima atau menyimpan nombor kad anda.
4. Keselamatan
Semua sambungan ke TutorKit menggunakan HTTPS (penyulitan TLS).
Data setiap akaun tutor diasingkan di pangkalan data menggunakan Row Level Security - tutor lain tidak boleh mengakses data anda.
5. Caj Tidak Dikenali
Jika anda melihat caj TutorKit yang tidak anda kenali, sila hubungi kami segera melalui halaman Sokongan dengan tarikh dan jumlah caj.