Dasar Privasi

Kemaskini terakhir: September 2026

1. Data Yang Kami Kumpul

Semasa mendaftar, kami kumpul nama penuh, emel, nombor telefon, nama MT, cawangan HOME, dan maklumat pembayaran (diproses terus oleh Stripe - kami tidak menyimpan nombor kad kredit). Semasa penggunaan, anda memasukkan data klien anda sendiri (nama, jadual, pakej) ke dalam sistem.

2. Bagaimana Kami Guna Data

Data digunakan semata-mata untuk menjalankan perkhidmatan TutorKit - memaparkan jadual, menjana teks Punch In/Kelas Bulanan, mengira elaun, dan menghantar notifikasi berkaitan akaun/langganan anda. Kami tidak menjual data anda kepada pihak ketiga.

3. Perkongsian Data

Data pembayaran diproses oleh Stripe (pemproses pembayaran pihak ketiga). Emel notifikasi dihantar melalui perkhidmatan emel pihak ketiga. Kami tidak berkongsi data klien anda dengan tutor lain atau pihak luar tanpa kebenaran, kecuali diwajibkan oleh undang-undang.

4. Keselamatan Data

Setiap akaun tutor data diasingkan sepenuhnya di peringkat pangkalan data (Row Level Security) - tutor lain tidak boleh mengakses data anda walaupun berada dalam sistem yang sama. Sambungan ke sistem kami dienkripsi (HTTPS/TLS).

5. Simpanan & Pemadaman Data

Data anda disimpan selagi akaun anda aktif. Anda boleh memohon pemadaman akaun dan data berkaitan pada bila-bila masa melalui halaman Sokongan.

6. Alatan Percuma (Tanpa Akaun)

Data yang dimasukkan ke alatan TutorKit Percuma (Punch In Generator, Kelas Bulanan Generator, dll) tidak disimpan di pelayan kami - kekal sekali guna dalam pelayar anda sahaja untuk sesi tersebut. Nombor akaun bank di Yuran Generator disimpan di localStorage peranti anda sahaja.

7. Kuki & Storan Pelayar

Kami guna storan pelayar (localStorage/cookies) untuk mengekalkan sesi log masuk anda dan keutamaan ringan (cth: draf yang belum dihantar). Tiada kuki penjejakan pengiklanan digunakan.

8. Hak Anda

Anda berhak mengakses, membetulkan, atau memadam data peribadi anda pada bila-bila masa. Sila hubungi kami melalui halaman Sokongan untuk sebarang permintaan berkaitan data anda.

9. Perubahan Dasar

Kami boleh mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Perubahan besar akan dimaklumkan melalui emel atau notis dalam sistem.

10. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di halaman Sokongan.